Sebuah kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kerja raya dan lain-lain jabatan kerajaan..........

Thursday, February 3, 2011

DOL starter


Litar di atas adalah satu contoh sistem kawalan motor yang paling simple dan mudah. Kebanyakan digunakan di rumah- rumah kita... Tak tahu ? Ada sesetengah rumah menggunakan D.O.L. starter untuk air-cond dan ada juga yang tak pakai starter... terpulanglah......

Saturday, January 29, 2011

Sedarlah....

DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI PENGASIH. SEGALA PUJI2AN BAGI ALLAH TUHAN SERU SEKALIAN ALAM. BERKAT DAN SEJAHTERA ATAS RASULULLAH DAN SEKALIAN SAHABAT2-NYA. DAN BAHWA SEGALA PENYAKIT2 DAN NIKMAT2 MELALUI WAKIL-MU YANG MEMPUNYAI HARTA DAN MUSUH2. YA TUHAN KAMI SESUNGGUHNYA MEMOHON KAMI DENGAN RAHSIA DZAT DAN DENGAN DZAT RAHSIANYA. ANTARA DIA DENGAN KAMU DAN ANTARA KAMU DENGAN DIA. TERDINDINGLAH KAMU DENGAN NURULLAH DAN NUR KERAJA’AN ALLAH DAN DENGAN TIAP2 NAMA ALLAH BAGI BARANGSIAPA SETERU DAN MENYETERUI ALLAH. DENGAN RIBUAN RATUS BAHWA TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN ALLAH.

AL-HAMDU, KAMI BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH TA’ALA TAUFIQ DAN HIDAYAH-NYA KEPADA KAMI MELALUI KEKASIH-NYA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN JUGA GURU KAMI. MAKA DAPAT MENUKIRKAN SEDIKIT YAITU HIKMAT HIJRAH DAN ISRA’ MI’RAJ KEPADA ANAK2 KAMI YANG BUDIMAN YAITU MENJADI PEDOMAN  KEPADA ANAK KAMI  BERJALAN KEHADRAT ILAHI. KITA INI SEMUA-NYA JAHIL2 MELAINKAN ALLAH TA’ALA SAHAJA-LAH MENGETAHUI-NYA. MUDAH2AN DENGAN KEREDHO’AN ALLAH TA’ALA DAPAT-LAH KITA SAMPAI DAN BERTEMU DENGAN-NYA.

Friday, January 28, 2011

Tidakkah engkau melihat

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Wednesday, January 26, 2011

Carta organisasi


Ke mana kita.....


Kebenaran dan kepalsuan pada umumnya adalah sesuatu yang boleh dibuktikan. Kebenaran pada hakikatnya adalah sesuatu yang menepati kewajaran kejadian dan dapat diterima oleh akal norma, dan jika ada cabaran ia dapat dipertahankan. Apakah definasi kebenaran yang lebih dapat diberikan selain dari hakikat tersebut?
Contoh kebenaran ialah seperti manisnya gula. Kita boleh mengatakan gula manis tetapi apa buktinya? Buktinya ialah lidah merasakan manisnya itu. Demikian juga apabila manusia itu ada mulut, maka nyatalah kebenaranya pada kejadian.
Berhujah dan berbahas adalah salah satu cara membuktikan kebenaran. Hujah haruslah bernas, menepati kejadian yang wajar dan diterima oleh akal umum yang murni. Jika hujah itu menepati kejadian yang wajar dan diterima oleh akal umum yang murni, itulah kebenaran. Dan jika sebaliknya, ia adalah satu kepalsuan.
Namun demikian, manusia adalah satu makhluk yang unik. Umumnya manusia menerima kebenaran apabila dapat dibuktikan. Terdapat segulungan manusia yang enggan menerima sesuatu yang terbukti itu sebagai kebenaran dan mereka menolaknya. Menolak kebenaran yang terbukti pada kejadian dan diterima oleh akal yang norma adalah suatu yang diluar norma kejadian pula. Mempercayai kepalsuan adalah suatu paksaan yang disengajakan. Akal dan hati nurani dipaksa mempercayai sesuatu yang diluar fitrah.
Banyak sekali kita jumpa pemaksaan yang tidak disedari kepada sesuatu yang di luar fitrah ini. Kita boleh ambil contoh mudah. Tumbuhan tidak akan dapat hidup tanpa air kerana air adalah satu dari elimen kehidupan tumbuhan selain dari haba atau cahaya matahari. Tumbuhan juga tidak akan hidup jika benihnya di tanam terlalu dalam ke dalam bumi sehingga sepuluh meter umpamanya. Demikian juga tumbuhan tidak akan hidup di musim salji di bawah liputaan ais yang setebal dua meter. Maka jelasnya jika ada yang mempercayai keadaan sebaliknya berlaku bagi dua contoh di atas, maka mereka adalah mempercayai kepalsuan dan memaksakan kepalsuan itu sebagai kebenaran.
Memaksakan kepalsuan untuk diterima sebagai kebenaran ini adalah pegangan kaum Atheis. Contoh utama kaum Atheis, mereka menolak alam yang ujud ini di cipta oleh Maha Pencipta. Namun mereka gagal membuktikan kejadian alam ini terjadi secara semulajadi. Mereka mengagungkan sains tetapi teori bing bang sains yang ditemui pada zaman moden ini telah dinyatakan dalam al-Quran empat belas abad yang lalu.
Demikian juga jika diambil contoh umumnya unggas berkaki enam. Ini adalah kenyataan kebenaran. Apakah dapat dipercayai jika ada yang menyatakan unggas berkaki empat. Jika ada, apakah unggas itu? Maka jika seseorang yang mempercayai unggas berkaki empat, dapatkah dia berdebat dengan Athies bagi membenarkan dakwaannya itu? Harus besar kemungkinan kaum Atheis akan menjadikan hujah itu sebagai bahan tertawaan. Bagaimana Athies tidak ketawa jika unggas berkaki enam dikatakan berkaki empat.
Persoalannya, apakah hal-hal ghaib dapat dibuktikan kebenarannya dengan kaedah kenyatan seperti di atas? Pastinya gulungam Athies akan bertanya apakah Tuhan dapat dibuktikan keujudannya? Jawabnya secara tegas ialah ya. Jika ya bagaiamanakah pula kaedah pembuktian kebenaran ujudnya Tuhan? Inilah soalan yang menjadi trade mark bagi gulunga Atheis dan gulungan menggunakan akal secara total tanpa sempadan.
Pembuktian zat peribadi Tuhan dengan mata kasar dari segi keujudanNya adalah menentang fitrah kejadian. Tuhan yang ghaib dari segi pandangan makhluk tetapi tidak ghaib pada diriNya. Maka mudah sekali analoginya. Pembuktian keujudan Tuhan adalah dari segi bekas ciptaanNya. Bekas ciptaan adalah menunjukkan ujudnya pencipta ciptaan itu. Namun harus dibataskan garis antara Tuhan dan ciptaanNya itu supaya tidak dikatakan pula Tuhan dan ciptaanNya adalah sama. Logika dan kewajaran kejadian membuktikan bahawa pencipta dan ciptaannya adalah dua perkara berbeza hakikat.

Keris tarik pitis

Semasa umurnya 2 bulan........